BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
"Tinta Ditari, Memahat Memori"

TINTA DI TARI MEMAHAT MEMORI

Berakhirlah Sudah..

Hari ahad 6 Mac 2011 adalah hari terakhir Majlis Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas 10/11. Kami dari pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada pengurusan kolej, JAKSA kolej, orang persendirian, pihak penganjur, DECTAR dan pelajar KKM sendiri.

Kami juga mengucapkan ribuan maaf kepada pelajar-pelajar junior tahun 1 dan 2 di atas segala kepincangan yang berlaku pada malam pertama majlis iaitu pada 5 Mac 2011. Secara jujur kami ingin menyatakan bahawa pihak kami telah bertungkus lumus dalam menjayakan malam pertama majlis. Namun apa yang dirancang pada hari tersebut tidak berlaku dengan sempurna. Kami akui bahawa kami berasa amat kecewa dengan pencapaian pada malam tersebut dan kerana itu, setiap AJK tertinggi majlis sedaya upaya mencari penyelesaian sehingga jam 6 pagi keesokan harinya.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan ramai, malam senior adalah lebih baik sehingga mendapat pujian daripada Dato' Khaled Nordin dan Naib Canselor UKM. Kepada senior2 kolej, semoga majlis ini menjadi kenangan indah bagi anda semua. Kepada pelajar junior, kami sekali lagi memohon maaf di atas kekurangan yang berlaku.

Memang banyak teguran yang kami terima terutamanya di FB yang menunjukkan betapa pelajar junior kecewa dengan majlis mereka. Kami terima teguran anda dengan hati terbuka dan mengalu-alukan pelajar junior untuk menyertai AJK Tertinggi Makan Malam KKM sesi 11/12 supaya keadaan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, kami di pihak penganjur berasa puas dengan kejayaan yang dikecapi walaupun tidak sepenuhnya. Kami puas kerana usaha kami selama 8 bulan hanya untuk majlis selama 8 jam ini membuahkan hasil yang patut dibanggakan. Sekali lagi jutaan terima kasih dan maaf bagi mereka yang terlibat.

Terima kasih.

"TINTA DITARI, MEMAHAT MEMORI"

Semakin Hampir

Pejam celik pejam celik tup2 lg dua hari je malam dinner akan happen. Sure happening la mlm 2. Famili dinner dh cuba beri y terbaik utk suma warga Kolej Keris Mas. Malam tu menjadi malam penghargaan kpd staf2 kolej y bnyk menyumbang kpd pengurusan kolej, JAKSA y tlah bekerja spanjang sesi 2010/2011 ni brusaha memberikan y terbaik utk suma penghuni KKM, pelajar2 akn d beri anugerah, cendrahati n penghargaan d anugerahkan kpd y tlah menyumbang bakti n malam tu bakal menjadi kemuncak kpd semua aktiviti kolej sepanjang sesi 2010/2011. Of course y paling best..sume warga kkm dpt berhibur, makan sdp2, siap cantik2 (dgn gaya ELEGAN lg), tgkp gamba, berkumpul satu kolej. Wahh... xcited dh daku. hihi~



Klu tahun lepas retro nite(mcm gamba atas nih). Tahun ni BLACK PEARL mcm mne la ea? Famili dinner akan pastikan km beri y terbaik utk anda semua. Gempakla mlm 2. Dengan konsep BLACK PEARL y elegan mesti suma org cantik gle mlm 2. X tau nk pilih spe prince spe princess. tp klu x dpt jd prince princess pn y penting kte enjoy kn. Persembahan km bley bgtau MESTI BEST punye. Kne stay kt meja la klu nk tgk setiap persembahn. Rugi la klu lpskan pluang tgk persembahan taraf elegan ni kn. bukan salu bley tgk. So, sblum g dinner mlm 2 nnti ketuk2 blik jiran sblh 2..g DECTAR sme2. Best kn? Y pmpuan 2 nk make up sme2 pn syok. Siap elegan2 tau. Malam 2 kte sme2 black n shining je. =)


"elegannye daku.. hee~"