BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
"Tinta Ditari, Memahat Memori"

TINTA DI TARI MEMAHAT MEMORI

Berakhirlah Sudah..

Hari ahad 6 Mac 2011 adalah hari terakhir Majlis Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas 10/11. Kami dari pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada pengurusan kolej, JAKSA kolej, orang persendirian, pihak penganjur, DECTAR dan pelajar KKM sendiri.

Kami juga mengucapkan ribuan maaf kepada pelajar-pelajar junior tahun 1 dan 2 di atas segala kepincangan yang berlaku pada malam pertama majlis iaitu pada 5 Mac 2011. Secara jujur kami ingin menyatakan bahawa pihak kami telah bertungkus lumus dalam menjayakan malam pertama majlis. Namun apa yang dirancang pada hari tersebut tidak berlaku dengan sempurna. Kami akui bahawa kami berasa amat kecewa dengan pencapaian pada malam tersebut dan kerana itu, setiap AJK tertinggi majlis sedaya upaya mencari penyelesaian sehingga jam 6 pagi keesokan harinya.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan ramai, malam senior adalah lebih baik sehingga mendapat pujian daripada Dato' Khaled Nordin dan Naib Canselor UKM. Kepada senior2 kolej, semoga majlis ini menjadi kenangan indah bagi anda semua. Kepada pelajar junior, kami sekali lagi memohon maaf di atas kekurangan yang berlaku.

Memang banyak teguran yang kami terima terutamanya di FB yang menunjukkan betapa pelajar junior kecewa dengan majlis mereka. Kami terima teguran anda dengan hati terbuka dan mengalu-alukan pelajar junior untuk menyertai AJK Tertinggi Makan Malam KKM sesi 11/12 supaya keadaan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, kami di pihak penganjur berasa puas dengan kejayaan yang dikecapi walaupun tidak sepenuhnya. Kami puas kerana usaha kami selama 8 bulan hanya untuk majlis selama 8 jam ini membuahkan hasil yang patut dibanggakan. Sekali lagi jutaan terima kasih dan maaf bagi mereka yang terlibat.

Terima kasih.

"TINTA DITARI, MEMAHAT MEMORI"

1 BICARA ELEGAN:

JeBaT HaFiZ said...

Apa sahaja yang berlaku adalah sebuah proses pembelajaran yg berguna kepada semua.. Tiada majlis yang berlangsung sempurna.. pasti ada kesilapan walaupun sedikit.. jadi jangan kecewa sangat.. Terus pandang ke hadapan.. Apa yang lepas jadikan teladan.. Secara keseluruhannya majlis ini boleh dikatakan berjaya dalam semua aspek.. Kesilapan pada hari pertama dapat ditampung dengan kejayaan pada hari kedua.. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENGURUSAN, FELO, JAKSA, KPE, MT, AZ, TAZ DAN SUMA AJK Dinner dan sesiapa sahaja yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.. PENGALAMAN TIDAK BOLEH DIBELI TAPI PERLU DILALUI.. Sekian..